Wednesday, February 25, 2015

Smile because He's the one.

Siapa sangka satu status biasa mampu mengundang setinggi-tinggi tahap kerisauan dalam hati orang yang membaca.
Di saat ada insan lain menganggap ia cuma satu kata-kata yang secara randomnya diungkap,
Cuma satu pengakuan yang secara spontannya diluah,
Cuma satu perkara remeh yang dihighlight bagi meraih simpati dan ihsan orang lain,
Rupa-rupanya ada segelintir yang kisah, di sebalik seribu yang tak kisah, tak ambil kisah, dan tak nak kisah pun.

Apa patut aku rasa gembira atau rasa sedih dengan diri sendiri,
Aku tertanya-tanya.
Memang bukan itu caranya memastikan siapa yang benar-benar peduli dan siapa pula yang sebaliknya.
Tapi aku jadi ingin tahu,
Mana perginya insan-insan yang dulu sentiasa ada bila yang lain tiada,
Yang dulu setia memimpin di saat aku hilang arah,
Yang dulu selalu sudi mendengar ketika aku ingin bercerita,
Yang dulu selalu gembira melihat aku tertawa,
Yang dulu selalu tumpang berduka melihat aku kecewa.

Lama-kelamaan kita manusia jadi mengerti,
Dalam kehidupan sementara ini tak wajar kita terlalu bergantung pada sesiapa,
Biarpun kita tahu dia setia tak setara apa.
Kita kena berhenti menangis, kerana mereka turut punya sebab lebih besar untuk menangis.
Kita kena berhenti kecewa, kerana ada yang miliki alasan lebih kukuh untuk kecewa.

Di sini aku belajar supaya bergantung hanya pada Dia.
Dengan segala perasaan yang bercampur-baur,
Dengan segala kegembiraan yang membahagiakan,
Dengan segala luka yang menyakitkan,
Dia yang kirimkan,
Dia yang hadiahkan,
Maka haruslah Dia juga yang akan menyempurna dan menyembuhkan.

Sedalam mana rindu aku pada manusia yang teramat aku cinta,
Aku tahu dalam lagi rindu Dia pada hamba ini yang selalu lupa lagi lalai dalam mengingatiNya.
Barangkali Dia sedang cuba menegur,
"Untuk apa kau mengadu pada manusia, mengharapkan belas ihsan mereka,
Sedangkan kau selalu tahu Aku dan pintu rahmatKu selalu ada lagi luas terbuka?"

Aku tersentak.
Lalu teringat sebaris ayatNya,
"Janganlah kamu bersedih."
Tidakkah ia cukup untuk mengubat segala lara?

Moga Allah ampuni kita atas segala keterlaluan dalam meletakkan pergantungan bukan pada tempatnya.
Moga Allah ampuni kita atas segala kelalaian dalam mengharap rahmat dan cintaNya.

Kadang-kadang Allah campakkan satu-satu ujian tu tak lain untuk kita sedar,
Dialah sebaik-baik tempat mengadu,
Sebaik-baik tempat meminta dan menyuarakan segala yang terbuku di dada.
Kalau bukan Dia, siapa lagi yang mampu bertahan dan setia tak sekali meninggalkan kita tak kira apa?
Sedangkan bayang-bayang sendiri pun tinggalkan kita bila kita dalam gelita.

Post ini secara randomnya ditulis.
Tak dituju pada sesiapa melainkan diri sendiri.
Moga beri manfaat.
Moga sekurang-kurangnya menyalur sedikit kekuatan buat yang membaca.
Bertabahlah.
Senyumlah.
Ada yang sentiasa kisah!
Biar kita tak melihatNya,
Dia sentiasa memerhati dengan setia.

Penconteng mengundur diri.
Mohon maaf.
Moga Allah jaga :)

No comments:

Post a Comment