Thursday, March 26, 2015

Besarnya Kasih Insan Bergelar Ibu Bapa.

Terbaca satu post daripada seorang ayah buat anak beliau di laman muka buku.
Post penuh chenta,
Post penuh kerinduan,
Post sarat pengharapan.

Sungguh aku terkesan.
Biarpun sebenarnya ianya tiada kaitan sikitpun dengan aku,
Namun efek yang aku peroleh daripada pembacaan post tersebut ternyata amat dalam.

Aku yakin aku tidak keseorangan.
Pastinya ada insan lain lagi yang turut merasakan betapa ianya menyentuh perasaan.
Biarpun mungkin ada juga yang tak terasa apa.
Barangkali mereka fikir itu perkara biasa antara ibu bapa dengan anak mereka bilamana sudah hidup berjauhan.

Aku faham.

Hakikatnya aku adalah sebahagian daripada golongan insan yang tak mampu berkompromi sesampainya pada topik keluarga, apatah lagi ibu bapa.
Mudah terkesan.
Mudah tersentuh.
Sekali lagi aku yakin aku tak keseorangan.

Tatkala membaca post tersebut,
Aku tersentak lalu kemudian serta-merta tersentap.
MashaAllah.
Begini punya kasih seorang bapa kepada anaknya yang beliau tahu hidup jauh daripadanya.
Cepat saja rindu, biarpun mereka susah meluahkan.
Cepat saja risau, walaupun mereka sering memendam pada diri.
Alasannya mereka tak mahu buah hati mereka yang hidup jauh di mata risau tentang mereka.
Kita di sini?
Cukupkah kita ingat pada mereka?
Adakah kita punya masa untuk merenung segala jasa mereka lalu berterima kasih pada mereka?
Atau mungkin kita makin bahagia hidup berjauhan kerana,
Di sini tiada kongkongan,
Tiada peraturan yang mungkin ada ketika di rumah,
Tiada mulut yang mudah saja bising dengan bebelan.
Begitukah kita?

Sedangkan kongkongan, peraturan, dan bebelan itulah antara tanda kasih dan sayang yang barangkali termampu mereka tunjukkan.
Kita remaja suka salahtafsir dan cepat melenting.
Lumrah.
Nastaghfirullah.

Saat pembacaan post tersebut,
Dua insan kesayangan singgah di benak fikiran yang pada mulanya kosong sepi.
Saat itulah fikiran menerawang memikirkan keadaan mereka,
Sihatkah mereka,
Gembirakah mereka,
Rindukah mereka.
Mata terasa panas secara tiba-tiba.
Allah.

Kita kadangkala hanya fikir pada kesusahan, jerih payah kita di rantau orang,
Sakit rindu kita pada keluarga yang adakalanya mendorong kita untuk hilang semangat daripada melakukan apa-apa.
Pernahkah kita terfikir tentang ibu bapa kita?
Apa kita fikir, cuma kita yang rindu pada mereka, sedangkan mereka tiada rasa apa?
Sungguh mudah kita lompat pada konklusi yang tak jelas hakikatnya.

Aku teringat pada dialog antara mak dengan rakan sekerjanya yang memang amat rapat dengan keluarga, sebelum aku berangkat ke bumi ini.
"Tak rasa apa ke anak nak pergi jauh ni?"
Mak senyap sambil hanya mampu melempar senyuman yang pada masa itu aku tahu bakal aku rindui.
Lalu mak menyusun kata.
"Takkanlah tak rasa apa. Kita ni emak."
Ringkas sekali jawapannya tapi makna yang ditinggalkan terlalu dalam sehinggakan sampai sekarang pun masih terngiang-ngiang ayat ini di telinga.
Lalu mak menambah,
"Tapi dia pergi jauh sebab nak belajar, nak cari ilmu, bukan apa."
Mata berkaca.

Sungguh bagi aku enam bulan di sini saja sudah cukup menjadi satu tempoh membanggakan buat aku,
yang selama hampir 19 tahun hidup tak pernah sekalipun berjauhan dengan keluarga,
Tak pernah sekalipun hidup di asrama.
Paling lama rekod dicatatkan ialah ketika daurah sebulan,
Sebelum berangkat ke Jordan.

Masih aku ingat waktu keluarga melawat aku di sana,
ketika itu minggu ketiga daurah.
Pertemuan yang singkat disambut dengan pelukan dan air mata rindu.
Itu baru tiga minggu.
Baru-baru ini ketika mak menjejak kaki ke bumi Urdun,
aku menjemputnya di lapangan terbang.
Niat hati tak mahu menangis.
Waktu aku sambut salam mak, kemudian aku dipeluknya,
Lantas aku melihat matanya jernih berkaca,
Sungguh tak mampu aku tahan air mata.

Barangkali ada yang fikir,
"Memang rapat dengan mak je ke?"
Mungkin kerana sepanjang cerita ini banyak aku selitkan tentang mak.
Hakikatnya abah ialah seorang bapa.
Seorang bapa yang lumrah dan fitrahnya jarang menzahirkan kerisauan dan kerinduannya, apatah lagi pada anak gadisnya.
Namun aku tak mampu menyangkal,
Aku lebih mudah tersentuh bilamana berbicara dengan abah melalui telefon.
Saat itulah terzahir sikap ambil berat seorang bapa.
Yang sememangnya sungguh dalam kesannya.

Terima kasih kepada post berkenaan yang memanggil aku dan juga kalian untuk menambah rasa apresiasi buat ibu bapa kita di Malaysia sana.
Post penuh air mata.
Nyaris banjir Al albayt kita.

Tujuan aku menulis bukanlah untuk sesiapa.
Melainkan diri aku sendiri.
Yang barangkali selalu terleka dan terlupa,
Bahawa ada hati dan jiwa yang sebenarnya sedang sarat merindui.

Jangan nangis.
Jom balik lepas soifi.
Kita penuhkan kapal terbang dengan ahli Prisma.
Keh.

Penconteng mengundur diri.
Eh.
Buah hati mak abah yang paling comel mengundur diri.
Hihi. (Majrur wa 'alamah jarrihi huruf ai dzohiroh 'ala akhirih)

Tuesday, March 24, 2015

Menghargai dan Dihargai.

Percaya atau tidak,
Post aku tentang beg kesayangan di laman muka buku telah sedikit sebanyak mendesak diri sendiri supaya bermuhasabah.
Supaya merenung diri.

Semua orang tidak dapat tidak, pasti ada rasa ingin dihargai.
Biar sekeras mana hati kita,
Biar sesado mana jiwa kita,
Biar segengster mana gaya kita,
Biar sekasar mana cara kita.
Pasti ada walau sekelumit kecil perasaan dalam diri, ingin rasa dihargai.

Namun, layakkah kita ingin merasa dihargai,
Bilamana diri sendiri sama sekali tak reti menghargai?
Macam mana nak orang hargai kita, sedangkan kita sikitpun tak hargai mereka?
Soalan mudah, jawapan pun mudah.
Tapi nak laksana tu yang tak semudah bertanya dan menjawab.

Merenung pada beg yang nazak,
Menggerak hati aku untuk berfikir sejenak,
"Ini cuma sebuah beg, bukan apa-apa."
Tapi bila dah rosak, barulah tersedar sekurang-kurangnya ada juga manfaat yang ia beri pada diri.
Aku yang selama ini barangkali tak hargai manfaatnya, akhirnya terpanggil untuk ada rasa menghargai.

Itu baru beg.
Beg yang tak punya perasaan.
Beg yang tak ada mulut untuk bersuara.
Beg yang tak miliki sepasang kaki untuk melangkah.
Macam mana kalau manusia?
Agak-agak,
kalau kita tak sikitpun hargai mereka,
mereka mampu terima ke?
Sedangkan mereka ada perasaan untuk berkeinginan dihargai.
Sedangkan mereka ada mulut untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
Sedangkan mereka ada sepasang kaki untuk bila-bila masa melangkah pergi.

Hakikatnya, kita manusia.
Manusia yang tak sempurna, lagi penuh khilaf.
Sering terlupa,
sering terleka.
Sejauh mana kita cuba, kita tetap tak mampu memuaskan hati semua.

Tapi, janganlah pula hakikat ini kita jadikan sebagai alasan untuk tidak mencuba dan berusaha.
Cubalah untuk mencuba.
Berusahalah untuk berusaha.
Biarlah kita sekurang-kurangnya mencurah usaha untuk menghargai,
demi menghadiahkan rasa dihargai kepada insan-insan sekeliling yang kita kasihi.

Sering terdengar sebaris kuot mudah, tapi mendalam maknanya.
"What you give, you get back."
Bukan karma yang ingin aku ketengahkan.
Sebaliknya kitaran hidup itu sendiri.
Sungguh, apa yang kita beri, kita akan dapat habuannya, samada ganjaran atau sebaliknya.
Ia cuma soal cepat atau lambat.
Kita beri baik, kita dapat baik.
Kita beri respek, kita dapat respek.
Kita beri penghargaan, kita dapat penghargaan.

Bukanlah hidup untuk mengejar penghargaan yang cuba aku gariskan di sini.
Jauh sekali.
Namun mahu atau tidak,
Kita memang dianugerahkan rasa ingin dihargai dalam diri.
Barangkali dengan adanya rasa ingin dihargai itulah kita mampu belajar untuk menghargai.
Siapa tahu.

Konklusinya,
Keep calm & appreciate others.
That's the main point.
Learn to appreciate before wanting to be appreciated.
Let's start with ourselves.

Moga penghargaan kita membahagiakan mereka.
Moga penghargaan itu menambah mekar pada bunga-bunga ukhuwwah yang dipelihara bersama-sama. Aiseymen.

Penconteng mengundur diri.

P/s: Aku hargai kalian dengan setinggi-tinggi penghargaan. Sanggup meluangkan masa melayari tulisan ini bermula dari huruf pertama sehingga noktah terakhir, biarpun mungkin tiada sikitpun manfaat yang dapat diambil berbanding banyaknya jumlah perkataan yang aku guna. Aku hargai kalian, maka mohonlah hargai usaha dhoif ini dalam menyebar sedikit mana pun manfaat yang aku mampu beri.

*Post panjang lebar, kenapa?
Lepas exam kan, tak faham lagi ke. Keh.

Thursday, March 5, 2015

Pada Jurang Perbezaan Ada Titik Persamaan.

Semua orang ada pendapat sendiri.
Dalam macam-macam perkara dalam hidup ni,
Masing-masing punya pendirian berbeza,
Persepsi berbeza,
Perspektif berbeza.

Boleh jadi aku suka benda ni, kau tak suka.
Boleh jadi kau suka dia ni, aku tak suka.
Eh.
Macam hampir-hampir keluar topik je.

Ok.

Rasanya hakikat ni diulang-ulang je.
Jadi satu repetisi yang makin tak dapat dihenti dek kerana sering dilupai.
Semua kita tahu je, tak semestinya pendapat kita sama.
Tak semestinya suara persepsi dan pemikiran kita tentang sesuatu perkara tu seiring senada.
Hatta dengan manusia yang kita paling rapat sekali dalam hidup ni.
Aku ulang.
Walaupun dengan orang yang kita paaaaaaaaaling rapat.
Mohon take note.

Jadinya kenapa masih ada antara kita yang pasak dalam kepala,
Seakan-akan semua orang mesti dan harus dan wajib dan perlu dan wajarrrrrrrr ada pendapat yang sama.
Apakah?

Contoh mudah.
Aku suka menulis.
Bagi aku dengan cara menulis aku dapat sampaikan segala apa yang terbuku dalam kepala secara mudah lagi mantap.
Itu barangkali kelebihan untuk aku.
Takde apa yang kawal aku daripada menulis.
Aku nak tulis, aku tulis.
Korang taknak baca, aku rugi ke?
Sedangkan aku menulis bukan secara spesifiknya untuk dibaca tapi untuk melangsaikan keinginan menulis yang membuak-buak dalam jiwa. Todiaaa.

Kau pulak cukup tak minat menulis.
Kau rasa menulis tu a big fat NO untuk kau.
Bagi kau, baik cakap je terus.
Kan senang.
Tak payah susah-susah nak tulis.
Bukan tak ada mulut. (Eh aku yang tulis aku yang sentap pulak)

Agak-agak ada penghujung ke macamtu?
Aku tak suka kau punya suka.
Kau tak boleh terima aku punya suka.
Bila nak habis cerita?

Ada solusi ke untuk benda ni?
Haruslah ada.
Eh.
Aku bukan penyelesai masalah.
Cuma melontar buah fikiran yang dirasakan tak salah dikongsi.

Caranya.
Itulah.
Dengan sentiasa ingat, pendapat kita semua berbeza-beza.
Dalam perbezaan pendapat tu tak semestinya satu je betul, selebihnya salah belaka.
Aku betul.
Kau salah.
Dia salah.
Mereka salah.
Semua salah.
Peh, payah.

Boleh je jadi semua betul, semua boleh diterima akal, semua munasabah,
Cumanya kita pandang dari sisi berbeza-beza.

Aku pandang jamiah al albayt dari depan.
Kau pandang dari tepi.
Dia pandang dari atas.
Dapat gambaran yang sama ke?
Mestilah tak.
Tapi walaupun nampak gambaran berbeza, still, kita akan nampak padang pasir yang sama di kelilingnya. Ehem.

Nak katanya.
Dalam perbezaan pandangan dan pendapat tu, boleh je jadi ada titik persamaan yang boleh menghubungkan hati-hati kita.
Atas kita nak taknak cari je.

Fuh. Indahnya dunia kalau perbezaan pendapat bukan memecahbelah, sebaliknya memantap dan memperkuat ukhuwwah.
Aku tengah belajar terima hakikat bahawa memang pastinya akan ada perbezaan antara aku dengan kalian.
Tapi moga hakikat itu diterima dan dalam masa yang sama mendorong aku untuk hormati pendapat kalian yang barangkali sungguh aku tak sepakati.

Mohon terima hakikat yang aku suka menulis biarpun tulisan ini mungkin tak mampu sentuh hati kalian.
Aku pun terima je hakikat tu. Erk.

Kalau aku terlupa, ingatkan aku.
Aku takut aku terleka hingga tulisan sendiri pun tak lagi beri kesan pada hati.
Sama-sama kita raikan pendapat masing-masing.
Moga titik persamaan yang dicari, yang selama ini samar-samar makin lama makin jelas kelihatan.

Penconteng mengundur diri.

Sunday, March 1, 2015

Jarum Jam Mereka Menjentik Hati Kita.

Lepas ditayangkan video lakonan barisan pelakon yang tak-asing-lagi-kehaibatannya dalam kalangan adik-beradik Legend, entitled "Tak Disenandung" pada Annual Grand Meeting (AGM) Prisma semalam,
Serta-merta jadi viral.
Serta-merta jarum jam jadi trending topic.

Tak dinafikan, short film tu memang mantop.
Dengan mesej tersirat yang cuba disampaikan, memerlukan penonton untuk berfikir sejenak,
"Kenapa jarum jam?"
"Ada apa dengan jarum jam?"
Sedangkan barangkali selama ni tetiap hari tengok dan pakai jam pun tak pernah sekalipun terfikir peranan dan sumbangan jarum jam tu sendiri.

Aku tak berhasrat menjadikan post kali ini sebagai seakan-akan review atau kritikan terhadap short film tersebut.
Semua dah maklum tentang kemantapannya.

Cumanya ia buat aku terfikir,
Apa peranan dan sumbangan yang aku dah beri pada orang sekeliling aku selama ni.
Walaupun dengan kewujudan aku yang mungkin tak disedari, mampukah aku menyalur manfaat kepada individu lain?

Dalam hidup kita ni ada beberapa jenis manusia:
Manusia yang kewujudannya disedari, tapi tidak suka memberi manfaat pada orang lain. (Barangkali kerana tak sedar pentingnya peranan diri terhadap orang lain).
Manusia yang kewujudannya tak disedari, malah dia pun tak cenderung memberi manfaat pada orang sekeliling.
Manusia yang kewujudannya disedari, pada masa yang sama sedar peranannya mampu jadi bermanfaat pada orang lain.
Dan,
Manusia yang kewujudannya tak disedari, tapi tetap berusaha mencari jalan untuk menyalur sumbangan dan manfaat terhadap orang di sekelilingnya.

Kuncinya sekarang bukan siapa yang terbaik antara semua di atas.
Sebaliknya, siapa yang paling tinggi kesedarannya terhadap betapa pentingnya sekecil-kecil peranan yang dia mainkan dalam kehidupan insan lain.
Boleh jadi peranan kita kecil, tak sebesar orang lain, maka kita tak terlalu diberi perhatian dek kerana kecilnya kewujudan kita pada mata orang lain,
Tapi siapa tahu,
Peranan kecil itulah yang sering memberi manfaat kepada insan sekeliling tanpa kita sedar.

Siapa je mampu beri manfaat ni?
Kita.
Ya, kita semua.
Kau.
Aku.
Mereka.
Siapa pun mampu.
Asalkan kita punya kesedaran.

Semua kita mampu salurkan manfaat, tak kira dari apa jua sudut.
Barangkali manfaat yang kita beri berbeza bentuknya daripada manfaat yang mereka beri.
Pentingkah jenis manfaat, bila kita tahu dari sudut apa pun manfaat itu datang, ianya tetap sekurang-kurangnya membantu insan sekeliling.

Sebaik-baik kita ialah yang memberi manfaat kepada orang lain, kan?

Moga adanya aku di sini, biarpun ada yang tak sedar, biarpun ada yang tak kenal,
Sekurang-kurangnya beri manfaat walau sekecil mana pun buat kalian.

Biar kehadiran kita tak disedari, tapi ketiadaan kita kelak dirasai.
Daripada kehadiran kita disedari, malangnya ketiadaan kita nanti tak siapa rasai.
Allah.

Selamat berusaha memberi manfaat.
Selamat mensyukuri manfaat daripada insan lain.

Ingatkan aku andai aku terlupa manfaat aku setidak-tidaknya berharga pada mereka yang kurang berupaya.

Penconteng mengundur diri.
Ehem. Maaf andainya contengan marhaen ini tak memberi manfaat pada yang penat membaca dari mula sampai noktah terakhir.