Sunday, March 1, 2015

Jarum Jam Mereka Menjentik Hati Kita.

Lepas ditayangkan video lakonan barisan pelakon yang tak-asing-lagi-kehaibatannya dalam kalangan adik-beradik Legend, entitled "Tak Disenandung" pada Annual Grand Meeting (AGM) Prisma semalam,
Serta-merta jadi viral.
Serta-merta jarum jam jadi trending topic.

Tak dinafikan, short film tu memang mantop.
Dengan mesej tersirat yang cuba disampaikan, memerlukan penonton untuk berfikir sejenak,
"Kenapa jarum jam?"
"Ada apa dengan jarum jam?"
Sedangkan barangkali selama ni tetiap hari tengok dan pakai jam pun tak pernah sekalipun terfikir peranan dan sumbangan jarum jam tu sendiri.

Aku tak berhasrat menjadikan post kali ini sebagai seakan-akan review atau kritikan terhadap short film tersebut.
Semua dah maklum tentang kemantapannya.

Cumanya ia buat aku terfikir,
Apa peranan dan sumbangan yang aku dah beri pada orang sekeliling aku selama ni.
Walaupun dengan kewujudan aku yang mungkin tak disedari, mampukah aku menyalur manfaat kepada individu lain?

Dalam hidup kita ni ada beberapa jenis manusia:
Manusia yang kewujudannya disedari, tapi tidak suka memberi manfaat pada orang lain. (Barangkali kerana tak sedar pentingnya peranan diri terhadap orang lain).
Manusia yang kewujudannya tak disedari, malah dia pun tak cenderung memberi manfaat pada orang sekeliling.
Manusia yang kewujudannya disedari, pada masa yang sama sedar peranannya mampu jadi bermanfaat pada orang lain.
Dan,
Manusia yang kewujudannya tak disedari, tapi tetap berusaha mencari jalan untuk menyalur sumbangan dan manfaat terhadap orang di sekelilingnya.

Kuncinya sekarang bukan siapa yang terbaik antara semua di atas.
Sebaliknya, siapa yang paling tinggi kesedarannya terhadap betapa pentingnya sekecil-kecil peranan yang dia mainkan dalam kehidupan insan lain.
Boleh jadi peranan kita kecil, tak sebesar orang lain, maka kita tak terlalu diberi perhatian dek kerana kecilnya kewujudan kita pada mata orang lain,
Tapi siapa tahu,
Peranan kecil itulah yang sering memberi manfaat kepada insan sekeliling tanpa kita sedar.

Siapa je mampu beri manfaat ni?
Kita.
Ya, kita semua.
Kau.
Aku.
Mereka.
Siapa pun mampu.
Asalkan kita punya kesedaran.

Semua kita mampu salurkan manfaat, tak kira dari apa jua sudut.
Barangkali manfaat yang kita beri berbeza bentuknya daripada manfaat yang mereka beri.
Pentingkah jenis manfaat, bila kita tahu dari sudut apa pun manfaat itu datang, ianya tetap sekurang-kurangnya membantu insan sekeliling.

Sebaik-baik kita ialah yang memberi manfaat kepada orang lain, kan?

Moga adanya aku di sini, biarpun ada yang tak sedar, biarpun ada yang tak kenal,
Sekurang-kurangnya beri manfaat walau sekecil mana pun buat kalian.

Biar kehadiran kita tak disedari, tapi ketiadaan kita kelak dirasai.
Daripada kehadiran kita disedari, malangnya ketiadaan kita nanti tak siapa rasai.
Allah.

Selamat berusaha memberi manfaat.
Selamat mensyukuri manfaat daripada insan lain.

Ingatkan aku andai aku terlupa manfaat aku setidak-tidaknya berharga pada mereka yang kurang berupaya.

Penconteng mengundur diri.
Ehem. Maaf andainya contengan marhaen ini tak memberi manfaat pada yang penat membaca dari mula sampai noktah terakhir.

No comments:

Post a Comment