Thursday, March 5, 2015

Pada Jurang Perbezaan Ada Titik Persamaan.

Semua orang ada pendapat sendiri.
Dalam macam-macam perkara dalam hidup ni,
Masing-masing punya pendirian berbeza,
Persepsi berbeza,
Perspektif berbeza.

Boleh jadi aku suka benda ni, kau tak suka.
Boleh jadi kau suka dia ni, aku tak suka.
Eh.
Macam hampir-hampir keluar topik je.

Ok.

Rasanya hakikat ni diulang-ulang je.
Jadi satu repetisi yang makin tak dapat dihenti dek kerana sering dilupai.
Semua kita tahu je, tak semestinya pendapat kita sama.
Tak semestinya suara persepsi dan pemikiran kita tentang sesuatu perkara tu seiring senada.
Hatta dengan manusia yang kita paling rapat sekali dalam hidup ni.
Aku ulang.
Walaupun dengan orang yang kita paaaaaaaaaling rapat.
Mohon take note.

Jadinya kenapa masih ada antara kita yang pasak dalam kepala,
Seakan-akan semua orang mesti dan harus dan wajib dan perlu dan wajarrrrrrrr ada pendapat yang sama.
Apakah?

Contoh mudah.
Aku suka menulis.
Bagi aku dengan cara menulis aku dapat sampaikan segala apa yang terbuku dalam kepala secara mudah lagi mantap.
Itu barangkali kelebihan untuk aku.
Takde apa yang kawal aku daripada menulis.
Aku nak tulis, aku tulis.
Korang taknak baca, aku rugi ke?
Sedangkan aku menulis bukan secara spesifiknya untuk dibaca tapi untuk melangsaikan keinginan menulis yang membuak-buak dalam jiwa. Todiaaa.

Kau pulak cukup tak minat menulis.
Kau rasa menulis tu a big fat NO untuk kau.
Bagi kau, baik cakap je terus.
Kan senang.
Tak payah susah-susah nak tulis.
Bukan tak ada mulut. (Eh aku yang tulis aku yang sentap pulak)

Agak-agak ada penghujung ke macamtu?
Aku tak suka kau punya suka.
Kau tak boleh terima aku punya suka.
Bila nak habis cerita?

Ada solusi ke untuk benda ni?
Haruslah ada.
Eh.
Aku bukan penyelesai masalah.
Cuma melontar buah fikiran yang dirasakan tak salah dikongsi.

Caranya.
Itulah.
Dengan sentiasa ingat, pendapat kita semua berbeza-beza.
Dalam perbezaan pendapat tu tak semestinya satu je betul, selebihnya salah belaka.
Aku betul.
Kau salah.
Dia salah.
Mereka salah.
Semua salah.
Peh, payah.

Boleh je jadi semua betul, semua boleh diterima akal, semua munasabah,
Cumanya kita pandang dari sisi berbeza-beza.

Aku pandang jamiah al albayt dari depan.
Kau pandang dari tepi.
Dia pandang dari atas.
Dapat gambaran yang sama ke?
Mestilah tak.
Tapi walaupun nampak gambaran berbeza, still, kita akan nampak padang pasir yang sama di kelilingnya. Ehem.

Nak katanya.
Dalam perbezaan pandangan dan pendapat tu, boleh je jadi ada titik persamaan yang boleh menghubungkan hati-hati kita.
Atas kita nak taknak cari je.

Fuh. Indahnya dunia kalau perbezaan pendapat bukan memecahbelah, sebaliknya memantap dan memperkuat ukhuwwah.
Aku tengah belajar terima hakikat bahawa memang pastinya akan ada perbezaan antara aku dengan kalian.
Tapi moga hakikat itu diterima dan dalam masa yang sama mendorong aku untuk hormati pendapat kalian yang barangkali sungguh aku tak sepakati.

Mohon terima hakikat yang aku suka menulis biarpun tulisan ini mungkin tak mampu sentuh hati kalian.
Aku pun terima je hakikat tu. Erk.

Kalau aku terlupa, ingatkan aku.
Aku takut aku terleka hingga tulisan sendiri pun tak lagi beri kesan pada hati.
Sama-sama kita raikan pendapat masing-masing.
Moga titik persamaan yang dicari, yang selama ini samar-samar makin lama makin jelas kelihatan.

Penconteng mengundur diri.

No comments:

Post a Comment