Saturday, February 21, 2015

"Mencapai Azam" Tak Semudah "Berazam"!

"Qolil qolil satusbih jabal."
Pernah dengar peribahasa arab ni?
Mesti tak pernah.
#OnlyInDaurah

Bahasa melayunya,
"Sikit sikit lama lama jadi bukit."

Bunyinya macam mudah.
Buat jelah sikit sikit lelama nanti jadi bukit jugak.
Hakikatnya?
Ya Robbiiiiiii nak menunggu dia jadi bukit tu yang memerlukan kaf sod ba ro nun yang teramatlah mantop.
Takde sabar, hancur harapan nak bina bukit.

Jap.. bukit bukan subjek utama sebenarnya.
Tu ala-ala aksesori semata-mata.
Aku datangkan supaya mudah kalian nak dapat apa yang aku cuba sampaikan.

Sekarang mindset tu ubah ye anak-anak.
Daripada bukit, ganti dengan matlamat.
Apa matlamat kita dalam hidup?
Boleh jadi matlamat diri kita berbeza-beza.
Contoh la matlamat aku nak pandai cakap bahasa korea.
Contoh ni contohhhhhhh.
So apa perlu aku buat?
Adakah hanya dengan duduk atas katil berselubung hirom dua puluh empat jam dan hanya bangkit ketika lapar dan bila masuk waktu solat saja cukup untuk buat aku pandai cakap korea?
Masuk keluar hirom, eh ehhhhhh dah pandai cakap korea laaaaaaa~~~~ yaaaaaa ottokeeeyoooo jinjjaaaaaaaa~~~~~~ (ok ni perkataan trending dalam kalangan akhowat buat masa ni hahahaha kbye)

Pehhhhhh.
Kalau la dengan macamtu je boleh senang senang capai matlamat, takde apa yang kita perlu risau la macamtu.
Sabar tak perlu,
Kuat tak payah,
Usaha ciput je, cuma kena gagahkan diri keluar hirom kejap pastu masuk balik.

Hakikatnya.
Nak capai matlamat bukan semudah itu.
Bukan setakat cakap "aku nak itu ini" lepastu on the spot dapat.
Apa hengkau ingat ini sorgaaaaa?!
Nanges.
Kita dekat dunia weh.
Mohon sedar.
Tempat berusaha.
Tempat berpenatan.
Tempat bersabar.

Nak capai matlamat memang bukan mudah.
Tapi as long as level sabar kita cukup tinggi,
Seriously, tak mustahil untuk kita capai tanpa rasa terseksa sengsara meratap hiba. Erk.

Aku pernah terbaca,
"Never easily give up on dreams you have always put your greatest effort into it, because you never know how close you are to it."
Analogi mudah. Kau nak cari harta karun bawah tanah.
So kau gali gali gali gali.
Daaaaaalam sangat kau dah gali tapi malangnya kau tak jugak jumpa harta karun tu.
Even kau dah usaha keras pun muncul jugak rasa hampir putus asa dalam diri.
Sedangkan hati yakin, harta karun tu memang ada bawah tu.
Kau gali lagi.
Lagi.
Dan lagi.
"Ahh, aku putus asa!"
Kau berhenti menggali.
Sedangkan kau taktahu, rupanya kalau kau gali dua tiga kali dalam saja lagi, kau jumpa harta karun yang kau sungguh-sungguh cari tu.
Ni baru betul betul hampa.

Nak katanya, selagi kita yakin dengan apa yang kita nak capai, kuatkan tekad.
Pasak dalam kepala yang kita mampu buat.
Orang lain boleh, kenapa kita tak boleh?
Lepastu say no to giving up.
Kalau nak give up pun fikir balik macam mana sungguh-sungguhnya kau masa awal-awal berazam nak capai matlamat tu dulu.
Susah nak tangkap lagi ke?

Kau dapat tawaran ke Urdun,
Kau dah hadap segala macam sebelum nak datang Urdun ni,
Bila kau sampai sini,
Kau give up.
Kau kata susah.
Payah.
Kau rasa kau tak mampu.
Kau rasa kau tak kuat.
Kau nak balik hanya sebab kau kata semua kat sini susah.
Masa tu, ingat balik apa yang kau dah hadap masa awal-awal kau berangan-angan nak ke Urdun dulu.
Kalau tak membantu jugak, fikir mak ayah.
Apa yang mereka dah buat untuk pastikan kau ada dekat Urdun hari ni.
Ini kalau takde rasa pape jugak tak dapek den nak nolong.

Aku pun selalu je rasa nak give up.
Duduk jauh daripada mak abah, family,
Tambah lagi adik bongsu yang tiap kali call tanya "along bila nak balik?"
Memang jujur bukan mudah.
Tapi ubat aku.
Merekalah jugak.
Ingat mereka, otometik rasa disuntik dengan satu semangat yang kemudian membakar balik azam yang asalnya kian lemah.
Haih rindunya. *selingan*

Kesimpulannya.
Believe.
Have faith.
Don't give up so easily.

Aku doakan kalian kuat dalam perjalanan mencapai matlamat.
Moga Allah bantu.
Mohon panahkan doa buat aku jugak.
Doa moga aku kuat, jangan doa pelik pelik pulak -.-

Penconteng mengundur diri.

No comments:

Post a Comment