Sunday, March 13, 2016

Kenangan Terindah 💕

Hari ini dalam kenangan. Kehkeh.
14 Mac 2015.
Mak, nenek, dengan paklang mai jordan. Weehuuuu 🎉🎉🎈🎈🎊🎊

Aku, nenek, mak, paklang 💕💕
Arab sebelah paklang tu kawan paklang kat sini.
Syabab sebelah arab tu jangan ditanya, tak asing lagi. Hihi.
Murakib tu. Haaa boleh jadi post untuk kempenkan bakal ydp bkasj niiii 😜

Ya Allah. Dah setahun dah berlalu. Masa tu tuhan je tahu macam mana bahagianya aku. Walau masa tu hari dawam, esoknya pun ada kelas. Ambik mak dekat dekat maghrib. Mak kata kalau tak ambik pun takpa, esoknya jumpa kat amman. Tapi nak ambik jugak. Sebab tahu tak dapat nak hantar mak ke airport time mak nak balik nanti. Sebab tarikh mak balik tu, ada exam. Sedihhhhh.

Syukur la ada murakib. Kelas dia esoknya pukul 8 pagi tak pepasal terpaksa ponteng. Huhuhu. Mantap kan ydp kita? Ekekeke 😁

Mak duk sini takdelah lama sangat masa tu. Tapi cukuplah untuk ubat rindu. Kebetulan masa tu fatrah exam jugak. Tidur kat amman malam tu, esoknya exam syiir jahili. Taktahu la apa aku baca waktu tu. Haha. Esoknya mak mai mafraq, raikan anak exam. Huahua. First thing mak tanya bila sampai jamiah, "mana universiti akak?" Ok ini sedih. Hahaha. "Ni la universiti akak, mak." Ya aku tahu mak sangat taajjub dengan jamiah kita. Dari pintu masuk janubi, sampai ke sakan. Nampak je taajjub. Hahahaha. Seolah dalam hati gini 😱 tapi buat tenang gini 😊. Eheee.

Aku kata, "ni lah tempat akak belajar, untuk 4 tahun ni." Mak jawab, "takpelah. Nak belajar kan. Kang tuhan letak kat tengah bandar kang tak belajar pulak banyak sangat godaan duniawi." Sambil gelak gelak. Hahaha. Mak knows her daughter very weeeeelllll. Duk sini takda la godaan sangat. Ada rudaidah je. Pastu suq kabir. Taufiq Aqil. 😂😂😂😂 Aturan tuhan tu penuh hikmah kan 🙊

Syukuuuur mak dah merasa mai sini. Tengok tempat anak dia belajar. Berkenalan dengan arab kat kedai souvenir kat Amman yang pi panggil mak "mama". Hahahaha. Aku pi kedai tu dua bulan lepastu, arab tu boleh mintak nombor mak kata nak masuk minang. Kah! Nak kasi laku dia punya bisnes lettew 😂😂

Bila pulak tah mak nak mai lagi. Ada ajak mak mai masa khirij nanti. Kalau ada rezeki iAllahhhh. Masa tu dengan abah sekali. Adik adik pun. Doakan murah rezeki kami sekeluargaaa. Mak kata kalau mak mai lagi ada orang yang mak nak jumpa. Ayokkk 😏😏 Aku kata "takpalaaaaa jumpa kat malaysia laaaa" 😂😂

Allah. Nak balik 😭
Tadi mak mesej. Mak pun terobek jugak 😭

Pastu mak pujuk cakap nanti balik la. Kuat sikit lagi. Semua pun tengah rindu. Huuuu. Memang fikir nak balik je ni. Mudahkanlah mudahkanlah mudahkanlah ya rabbbbb! Sikit lagi Ninis! 💪💪💪

Nah belanja gambar setahun lepas.









Ok bye. Esok nahuuuuu 3. Doainn gueeeee!


No comments:

Post a Comment