Thursday, May 28, 2015

Fasal Thani : Fatrah Terobek?

Baru aku tahu.
Fatrah fasal thani seolah-olah boleh ditukar namanya kepada fatrah terobek.
Segala benda terobek.
Masa fasal awwal haritu ada jugak terobek sikit-sikit tapi tak lah sedahsyat fasal ni punya.
Sebab bahang-bahang hampir setahun di tempat orang makin membara mungkin?
Kaitannyaaaaa lah....

Paling meletup dia punya terobek,
Tak lain tak bukan,
Daurah.
Taktahu nak describe macam mana mantopnya letupan dia punya meletup tu.
Pantang sorang termention apa-apa unsur yang ada walau sekecil zarah punya kaitan dengan daurah.
Beratur yang lain-lain join menghangatkan sesi terobek yang sudah sememangnya sentiasa hangat.
Aku pun termasuk dalam golongan yang join tu.
Tak boleh... baca post daurahmates yang ada kaitan, tak mampu untuk baca dan like je semata.
Mesti ada benda nak cakap walau sepatah.
Walau hanya tulis "hashtag ibn malik".
Ha ha ha.

Rasanya sebab ada musabaqoh tu yang buat jadi banyak benda nak diterobek.
Cuba kalau daurah sebulan tu kita kena duk kelas mengadap buku,
mengadap papan tulis,
tertidur dalam kelas sebab sejuk dia memang layannn,
pastu habis kelas balik bilik buat homework,
pastu makan,
solat,
tidur,
layan perasaan tepi sungai. Eh.
Amende je nak diterobek kalau tu je daily routine kita?

Tapi sebab ada segala macam musabaqoh tu yang jadi best bila sampai masa terobek.
Kadang-kadang tu sampai teringat je pun boleh buat tergelak sorang.
Teringat tasfiq daurah je pun boleh sengih-sengih.
Belum lagi teringat momen praktis musamarah dalam kelas.
Sebab sorang gelak, orang lain yang asalnya takde rasa nak gelak pun tak pasal-pasal ikut gelak sekali.
Ok itu ibn malik lah kan. Heh.

Munazoroh yang awalnya takde orang rela masuk, well kecuali sorang budak hebat yang semua musabaqoh kitorang naikkan nama dia dulu awal-awal lah kan.
Haha. Siapa entah.
Tapi menang kot munazoroh.
Hebat la pendebat hafiz hafizah kitorang. Heh.
Tajuk kahwin awal afdhal untuk final stage.
Dan pendebat kitorang kena bangkang statement tu.
Kau fikir senang? Hahahahahaha.
Tiap point kena attack dengan pihak lawan yang tak kurang haibatnya.
Lepas daurah rois kata "kalau ada orang ibn malik yang kahwin awal ni sah-sah kena bahan teruk dengan grup lain". Wahaha.
Takpe ibn malik kalau ada orang kita yang kahwin awal nanti kita carikan alasan munasabah untuk balas bahan diorang eh.
Lol.
Takdelah, ibn malik mantap semua nak focus study dulu katanya.
Walaupun kadang-kadang tu status wassap memasing pasal harapan lah, penantian lah, kumbang seekor, bunga sekuntum lah. Ehehehehheeh. Aku pun termasuk lah sebab aku sebahagian drpd ibn malik. Haha.
Eh ni terobek daurah ke terobek ibn malik.....

Tamsil satu lagi takleh lupa.
Ada yang jadi ustazah syadidah lah.
Anak murid tak hormat ustaz.
3 beradik pekak bisu buta.
Anak yang diseksa sebab derhaka.
Oh arabiyyati. Qif sil qif sil ok itu mantap sangat haha.

Nasyid jangan cakap.
Kejap nak habiskan gelak dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
K.
Aku tak ingat dah lirik dia.
Tapi aku ingat besar mana semangat kita perform malam tu.
Seriously......
Walaupun mungkin dipandang serong dan annoying oleh grup lain.
Hahaha.
Well musabaqoh is all about doing the best and enjoying ourselves and giving all out.
So tu kira all out lah tu hahaha.
Mentaipppp sangat bak kata seseorang tu.

Anasyid daurah takkan mungkin dilupakannnn.
Tiap kali ustaz kata siapa yang nak kedepan nyanyi nanti ustaz tambah najm.
Keje kitorang petik nama syabab grup sesedap rasa.
Dan diorang akur sebab nak najm jugak. Heheh.
Paling-paling rois dengan orang suara sedap tu. Nasiblah.

Rindu kan.
Tu belum cerita pasal ustaz-ustaznya lagi.
Grup lain mungkin ada ab (baca: ayah) atau akh (baca: abang).
Kitorang ada jadd (baca: atuk).
Eheheheh.
Time belajar ada je mintak rehat kejap pastu suruh ustaz mu'tasim pasang anasyid daurah.
Hamboi.. tadi ngantuk terus segar bakhang dapat nyanyi.
Bila kena buat ayat guna mufradat baru tiap pagi tu,
Tak sah tak minta najm kabeeeeeer drpd ustaz.
Sorang mintak, semua nak.
Ustaz kesian tengok kitorang macam najm tu bererti sangat jadinya ustaz bagilah. Haha.

Ya Allah.
Rindunya.
Tak sangka nak setahun dah tinggalkan daurah.
Rasa macam baruuu je.
Segar betul momen-momen tu semua dalam ingatan.
Ildas dengan btn kurang pulak terobeknya.
Mungkin sebab tempohnya yang sekejap berbanding daurah yang sampai sebulan.
Sampaikan dekat ildas dengan btn pun duk terbawak-bawak feeling daurahnya.
Semangat grup daurah sikit tak padam lagi masa tu. Heheheh.

Tapi ildas yang boleh diterobek ialah...............
.
.
.
.
.
Part bahagianya dapat tidur dalam dewan kot.
Nak minum air, makan gula-gula.
Puasa pulak.
Memang pasrah jelah masuk tiap slot dengan azam taknak tidur tapi tersyahid juga. Allah. Dahsyat.

Btn?
Juhud tetiap hari kena mendaki tangga yang teramatlah banyak untuk pergi solat, pergi kelas, pergi makan.
Pergi mana-mana pun ada tangga.
Kena meniarap atas jalan sebab lewat berkumpul.
Siap ada yang tertidur masa meniarap sebab penat sangat.
Belajar kawad yang basic.
Hancur.
Pertandingan nyanyi lagu patriotik.
Fuhhh.
Menara manusia.
Ok yang tu sumpah best. Hahaha.
Sakit hati fasi dengan kita.
Terlalu utuh.
Utuh sampai semua orang kita kata musuh dalam selimut.
Tak pasal-pasal.

Haih.
Pendek kata dalam fatrah persediaan nak fly tu diserikan dengan momen-momen macam tulah yang buat rasa sedih nak pergi negara orang tu macam boleh dikawal lagi lah.
Cewah.
Ni boleh jadi sampai khirij pun tak habis terobek lagj.
Moga tersenyum lah tu teringat kenangan dan pengalaman yang sama-sama dah kutip sebelum bertebaran di tempat orang ni.

Keep calm and Terobek everything.
Eheh.

Penconteng semangat terobek lepas habis ekzem.
Mohon maaf.
Layankan~~~ bukan selalu. Hihi.

Penconteng mengundur diri.