Thursday, April 30, 2015

Antara Bahagia yang Terlihat dan Duka yang Tersirat.

Ada orang dapat lihat kita tersenyum.
Lalu turut mengukir senyuman tanda sama bergembira.
Dia tumpang girang dengan ria yang terpancar pada mata.
Dia ikut suka dengan aura bahagia yang terekspresi pada senyum tawa.
Kadangkala bahkan terlintas di benak fikirannya,
"Bahagianya dia.."
"Indahnya hidupnya.."
"Beruntung sungguh menjadi dia.."
Monolog sendiri dalam keirian, pada masa yang sama, kekaguman.

Ada pula,
Orang yang juga dapat lihat kita tersenyum.
Namun mampu mengintai apa yang terselindung di sebalik lirik senyum yang terzahir.
Seribu satu cerita.
Seribu satu rasa.
Terhijab dek segaris senyuman manis.
Tersembunyi, jauh pada dasarnya.
Dia berupaya memahami kedukaan yang tidak terungkap,
Di saat yang lain cuma mampu diperdaya dengan senyum yang terlihat.
Dia mendengar ceritanya.
Cerita gembira yang direka belaka,
Demi mengubat sendiri hati yang sarat terluka.
Kerana dia tahu, tak ada yang mampu faham sama.
Sedangkan dalam diam, ada insan yang mengerti.
Ada insan yang merenung tajam ke dalam matanya di saat dia berusaha menyusun kisah rekaannya,
Merenung tepat,
Lalu berkata lembut,
"Sejauh mana lagi mahu kau teruskan?"
"Yakinkah engkau sebesar itu gembira yang mampu menyembunyi duka yang engkau lalui?"
Satu persatu soalan terungkap.
Menjemput mutiara jernih membasahi pipi seorang insan yang selama ini menganggap,
Tidak seorang dalam dunia ini mengerti.
Tidak seorang dalam dunia ini cuba fahami.

Menggelikan hati,
Bilamana kita sedar,
Kita acapkali cenderung mengharap insan yang tak pernah cuba untuk faham, faham akan cerita yang tidakpun kita luah.
Dan pada masa yang sama,
Terlepas pandang insan yang selama ini sentiasa berusaha mengerti duka yang tersembunyi di sebalik sebuah senyuman.

Hakikatnya.
Tak semua mampu fahami.
Tak semua mampu sekurangnya cuba untuk fahami.

Walaupun begitu,
Tak semua insan juga mampu kita perdaya.
Dengan cerita indah yang diada-ada semata.
Demi terlihat kuat dan tabahnya jiwa.
Walhal ternyata teramat perit menanggung luka.
Kerana sungguh,
Sungguh,
Sungguh,
Sentiasa ada yang ambil peduli.
Sentiasa ada insan yang dapat lihat duka yang diselindungi, lebih jelas daripada lihat gembira yang dizahiri.

Apresiasi tertinggi didekasi buat insan yang sentiasa cuba fahami,
Selalu usaha mengerti,
Setiap masa setia dampingi.
Mak abah terutama sekali.
Sahabat sekalipun tidak dilupai.

Post penuh puitis. Haih.
Penconteng mengundur diri.

Sunday, April 26, 2015

Angin Taufan Kiriman Malaysia.

Dia kalau angin topan rindu dah mai,
Sumpah tak boleh nak kata apa.
Masalahnya bukan rindu family je.
Sampai tahap semua benda pasal Mesia dah rindu.
Malaysia btw. *takut orang kata lupa daghatan*

Rindu rumah tu haruslah.
Bantal. Langsir. Karpet. Meja makan.
Katil empuk.
Errr macam la sini takde semua benda ni.
Ada memang ada.
Tapi mana mungkin sama......
Eheh.

Rindu naik kereta tengok luar tingkap,
Ada Mydin,
Ada Tesco, Giant, Econsave.
Aeon Jusco.
Paling penting ada 99 Speedmart.
Orang Selangor je kot tahu? Hihi.

Rindu bangun pepagi dikejut bunyi ayam berkokok. Lol.
Macam tipuuuu jee niiiii.
Alarm phone tepi telinga pun haram nak dengar. Erk.

Rindu sarapan roti canai kuah kari, taknak dal.
Nasi lemak telur goreng sambal sotong, sambal lebih.
Kuetiau goreng basah.
Mi goreng mamak.
Peh. Lagi nak banding kepsi mekdi dengan semua ni?
Jangan harap.

Rindu nak balik kampung dan wajib singgah restoran ikan bakaqqqq.
Sotong goreng tepung dekat Serkam paling mantop.
Makan tu rasa nak mengalir ayaqq mata sebab sedap sangat. Eheheheh.

Pendek kata, panjang tak kata apa.
Hahahahahaha pinjam kehambaran pickup line Johan.
Errrr.
Pendek kata rindu semua benda.
Bak kata ada orang tu, kau dah duk tempat orang ni, nanti kau balik Malaysia rasa macam nak cium lantai airport bila sampai KLIA.
Rasa nak nangis dengar semorang cakap melayu.
Ye ye je kan? Lol.

Jauh lagi perjalanan.
Sebenarnya post hari ni bukan pasal rindu.
Tapi pasal ternampak ada orang haplod macam-macam makanan Malaysia.
Lapar lah kiranya.
Macam-macam dah teringin.
Ni kalau balik boleh list kot nak makan apa. Hihi.

Maaf buat korang tension baca.
Tension ke?
Ke ikut lapar? Kehkeh.
Saja up post camni balas dendam meraikan habis imtihan thani.
Macam tak ada kaitan kan.

Dah lama tak tulis ni.
Jadinya nak dapatkan rentak balik tu memerlukan satu post yang ala-ala luahan hati dan dedikasi ni dulu.
Kawal sikit bunyi perut tu. Heh.

Penconteng mengundur diri.
Yay.